Jumaat, 25 Februari 2011

terima kasih ayah

Segala yang terbuku dihati..
telah ku cuba coreti…
dengan hati yang sudi…

Tiada kau tiadalah semua..
Sebuah keluarga yang bahagia..
yang sentiasa bergembira....

entah mengapa….
Saat kau rasa bahagia…
Masih perlu rasa cinta.…
Ia pergi tidak semena..…

Ku tahu kau derita…
Kau pendam segala duka..
Kerna hilangnya punca bicara…

Masa berlalu sungguh lama…
Seperti semalam baru kau merana….
Yang ku turut rasa bersama….

kini yang tinggal hanya lah duka...
duka yang bertambah luka…
luka yang derita...

Walau usiamu kian senja…
Sayangmu padanya tetap membara...
Seperti pertemuan kali pertama…

Kau tempuh dengan rela…
Bersama derita yang lara…
Membersarkan 4 cahaya mata...

kau penat berkerja…
untuk mendidik kami semua...
supaya menjadi insan berguna..

Terima kasih dari ku…
Memang ku tidak termampu..
Untuk balas jasamu…

Kau tetap seorang yang tabah
Melalui kehidupan yang resah
Kerna kau insan bergelar ayah...

Kau lah ayah, Kau lah ibu….
Ku tetap sayang padamu ..
Sepertimana kau menyayangi diriku…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan