Jumaat, 25 Februari 2011

Bagaimana kan ku lupa…

Bagaimana kan ku lupa…

Kau insan yang bermakna…
Ku coret ini cerita…
Tentang kisah kita bersama…

Tanpa kau siapalah aku…
Untuk melihat ragam baru…
Yang penuh cerita lalu.…

18 tahun kita bersama…
Menyelusuri suka dan duka…
Berkasih sayang sepanjang masa…

Bagaimana kan ku lupa….

Bersungguh-sungguh kau berusaha…
Memberi apa saja ku duga….
Agar permintaanku tidak terluka….

Saat ku semakin alpha..
Dengan nikmat fatamorgana….
Kau rebah tiba-tiba…

Tidak ku sangka….
Kau pendam kau punya derita..
Agarku sentiasa nampak bahagia…

Bagaiman kan ku lupa…

Tika kau sengsara…
Kau cuba  bergembira
Agarku tidak berduka….

Ku sentiasa cuba  berusaha…
Menemani kau sepanjang  masa….
Agar  kau nampak bahagia…

Bagaimana kan ku lupa…

Hati ku menangis hiba…
Menerima khabar yang ku terima..
Menyuruh aku bersedia..

Ku tatap sepuas-puasnya…
Sekujur tubuh tidak bermaya…
Hingga berlinangan airmata…

Ku tidak menyangka…
Hati kau sudah menduga…
Kau bisa gembira selamanya…

Bagaimana kan ku lupa…

Bila Izrail berkunjung tiba…
Melaksanakan perutusan Sang Pencipta…
Penutup tirai kisah kita…

Perginya sekelip mata..
Saat aku masih perlukannya..
Saat aku masih bernyawa…

Kini terpampang didepan mata..
Sekujur jasad tidur lena…
Bertakhtakan senyuman diwajahnya…

Bagamaina kan ku lupa…
tika kau ku rindu…
kau pasti hadir dalam mimpiku..
Kerna kau insan yang ku gelar IBU….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan